Khamis, 23 Jun 2011

Kuala lumpur 1850 - 1930 Hj Abdullah Hukum ....9

KUALA LUMPUR ALAH                                                                  

Setelah musyawarat diadakan pada malam itu untuk mencari pemikiran dan hal yang ditampi teras serta terdapat kebimbangan akan kekuatan musuh , dan keputusan nya ialah ber undur ....

lukisan perang orang duhulu
     Pada ke esok hari nya , beras dan makanan lain di bagi mengikut kelompok orang - orang yang ada dalm kubu itu  untuk bekal melari kan diri . Pada mula lari ke Pudu ,dengan di dahului kaum perempuan dan kanak -kanak mana kala yang lelaki berjalan di belakang , untuk menghalang musuh kalau ada yang datang.

     Dari Pudu dari terus keHulu Kelang ikut jalan hutan jua , rupanya musuh mengetahui kami melari kan dan memburu dari belakang , maka kamipun tukar arah lari pula ke Hulu Gombak dan Hulu Batu . Akhirnya tembus ke Batu dekat rumah Pasung ( Cheking Station sekarang  ). Dari sana kami lari ke Parit tengah Bukit Kancing ,dan dari situ Raja Mahmud  serta sekelian orang Madailing terus perg i ke Kuala Kubu .

     Sedangkan Tengku Panglima Raja ayahnda Raja Mahmud masaitu tinggal di Cheras dan berkubu disitu untuk menjaga musuh bersama Raja Berayun dan Raja Mampang seta para hulubalang nya .
Raja Laut Ibni Syultan Muhammad  pun lari ke Kuala kubu jua , mana kala waris - warisnya di Kelang bertaburan lari setengah nya ke Cheras dan ke Beranang serta ke Semenyeh .

      Dan kata yang punya cerita ........Tuan Hj Abdullah Hukum , saya sendiri dengan empat orang kawan tak kuasa nak lari lagi lalu bersembunyi di dalam hutan Bukit kancing beberapa hari hingga keadaan reda sedikit , setelah itu kami pun keluar lah dan terus menuju Mantin.  . Tinggal lah saya di Mantin selama enam bulan .
      Dan dapat khabar yang Raja Mahmud  serta Raja Manan telah pula sampai di Kepayang ( antara Labu

dgn Seremban ). Dan lebih kurang tiga bulan maka orang pun datang memberitau yang bahwasa nya Gundik Raja Mahmud telah dilari kan oleh se orang Bugis yang nama nya Datuk Penggara yang datang dari Kuala Langat . Oleh kerana itu Raja Mahmud dan kawan - kawan nya ber siap - siaplah balik ke Bangi untuk mendiri kan benteng pertahanan di Bangi itu, maksud hendak menuntut bela jua ada nya .

      Ada pun Sungai Langat itu melalui Bangi dan terus mangalir ke Kuala Langat dimana tempat laluan Datuk Penggara itu melari kan Gundik Raja Mahmud .. Tetapi belum sempat menuntut bela berbagai - bagai halangan pula ..Pada msa itu , timah tak boleh di bawa ke Kuala Langat sebab nya Kapal perang Inggeris di sana  oleh sebab itu perniagaan timah melalui jalan darat ke Sungai Ujung ( Seremban ) dengan mengupah orang menggalas..................

bersambung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan