Kebetulan sa'at itu Bugis Di Rekoh sedang ber siap2 melanggar Raja Mahmud. Kawan nya ialah orang Tembusai, orang Kampar, dan juga orang Kerinci. Rahasia ini antara Raja Mahmud dengan orang Kerinci, yang telah di sapakati disimpan baik2 sehingga tiada ada seorang pun yang tahu .
gambar hiasan. |
Orang Kerinci Mendiri kan kubu menghadap matahari terbit karena menurut perjanjian yang telah disepakati dengan Raja Mahmud, dan tembakkan orang Kerinci tiada berpeluru. Tidak lama sejurus kemudian maka orang Kerinci mulaikan menembak ke arah kubu Raja Mahmud dengan tiada berpeluru .
Dengan demikian di tengok oleh Raja Mahmud tembakan tiada berpeluru, maka paham lah beliau akan isyarat itu dan dia pun keluarlah dengan serta merta menyerang kearah matahari terbenam saja. Kebetulan pula orang dalam kubu orang Bugis maupun orang Kampar dan Tambusai, belum bersiap sedia apa lagi dengan demikian tiada ada perlawanan yang sengit terjadi denga mudah Raja Mahmud Mengalahkannya , panglima2 lawan terkorban sebanyak enam otang dan banyak yang luka2 mana kala pihak Raja Mahmud seorang nya tiada yang mati. Sementara itu dipihak orang Bugis dan sekutu nya ber taburan melarikan diri kedalam hutan dan setengah nya lari masuk perahu.
Kata Tuan Hj Abdullah Hukum..... inilah penghabisan pergaduhan sebelah darat Selangor, kerana Bugis dah lari maka negeri pun aman. Saya pun duduk ( tinggal ) di Semenyeh ber niaga kain selama dua tahun. Ada pun Semenyeh di bawah kekuasaan Raja Husin peranakan raja Sungai Ujung ( Seremban Negeri Sembilan ).
Hulu Langat, Kajang dan Rekoh masa itu bibawah di bawah perintah Raja Kahar Ibn Syultan Abdul Samad. Tengku itu jua jadi majestritnya masa itudan Tengku yang menjatuhkan kepada Orang Minangkabau ,seperti Panglima Muda, Raja Khatib, GintiAli dan juru tulis supaya memulangkan harta2 orang orang Mahdailing yang dirampas dulu dipulangkan kepada Raja Yusuf dan Fatimah cucu dari pada Datuk Penghulu Langat....Dan saya tinggalah di Langat membuka sawah selama dua tahun.
Dalam masa itu saya tinggal diHulu Langat mula2 memandang wajah Tuanku Syultan Abdul Samad, yaitu masa Tuanku Syultan berangkat karena suatu lawatan melihat persawahan di sana dan Tuanku sendiri yang mengatur sawah2 disitu . Kedatangan Tuanku itu dari Kuala Lumpur dengan jalan sungai dengan bertandu, banginda di iringi banyak hulubalang serta dayang2
Kemudian dari pada itu saya pun berpindah ke Kuala lumpur menuju rumah Raja Bot dan Raja Syam. Ketika itu perang telah berhenti selama tiga puluh tahun .
bersambung; orang melayu berkebun di Kuala Lumpur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan