Isnin, 4 Julai 2011

Kuala lumpur 1850 - 1930 Hj Abdullah Hukum ...13.

Kekayaan dan Pergaduhan Melayu.




Semakin lama semakin ramai orang di Kuala Lumpur , perniagaan pun di kuasai orang Melayu rumah rumah kedai ( ruko ) dipunyai orang Melayu ...Adapun orang orang kaya pada masa itu yang terbanyak ialah orang Minangkabau, seperti ; Hj Abdul Samad , Hj Abdul Malik Panjang , Hj Abdul Samad Panjang , Hj Abdul Samad Kecil , Hj Muhammad Ali , Hj Osman ( Imam dan Kemudian jadi Khadi Kuala Lumpur ) ,Hj Zainal Abidin , Hjh  Fatimah , Hj Abdulah Panjang Hasyim , Banginda Kaya Hj Arsyad , Datuk Maha Raja ..

     Dari pada orang Mandailing Sultan Puasa , dari orang Kerinci Hj Asyad , dari orang Melaka Datuk Abdullah  ,dari Pulau Pinang Che Din , Encek Baki Melaka mertua saya ( Hj Abdullah Hukum ), orang Acheh Hj Saleh dan ada orang Linggi dan orang Terangganu  Che Soh.

     Adapun mesjid yang pertama di dirikan oleh mertua saya di Melaka ( Batu Lane sekarang )dan mesjid itu dinamakan mesjid Melaka ( sekarang dinama kan mesjid Keling atau Chulia ).

Mesjid di diri kan atas pakatan orang Melaka dan orang Melaka jua tukangnya serta segala pegawai nya , dalam pada itu orang Minangkabau telah mendiri kan mesjid lain yang kebetulan tentang gedung Gian Singh di Java Street sekarang
......
Disebab kan mesjid ini lah orang Melayu mulai bersingit akhirnya berseteru sebab masing masing pihat hendak mendiri kan sembayang Jum'at , masing2 tak mau beralah dan hendak menang sendiri dan mengalah kan pihak lain .....

     Perseteruan itu makin merebah hampir membangkitkan perkelahian besar .
Mujurlah kerajaan campur tangan yaitu neneknda Syultan sekarang Yang mulia Tuanku Syultan Abdul Samad Alam Shah yang sedang melawat Kuala lumpur dengan jalan sungai  dan kereta nya serta alat kebesaran lain.
Bangida telah memandamkan perseteuan itu dengan titah sembayang Jum'at secara ber gilir2 diantara dua buah mesjid itu , keputusan itu disambut orang ramai dengan suka cita nya oleh yang demikian itu api prseteruan pun padam lah

     Dengan rasa terima kasih orang ramai , setelah Yang Mulia Syultan balik ke Kelang .....Maka orang ramai datang menghadap di Kelang dengan membawa persembahan  seperti , Hj Baki seekor kuda putih dan yang lain masing2 seekor kerbau setiap seorang , yang pergi Datuk Sati Penghulu Setapak , Mat Saman Penghulu Batu , Hj Kecil Penghulu Petaling , Raja Mas Penghulu Hulu Kelang , Imam Muhammad Penghulu Ampang ,dan saya Hj Abdullah Hukum .

Dan masa itu saya berkekalan duduk ( tinggal ) di Sungai Puteh dan hutan bukit Changi Putri saya lah kepalanya membukanya dengan ramai orang2 kerinci lain nya , adayang duduk disitu sampai masa ini .
Mula tempoh pemerintah Tuan Simmon sayalah yang menunjukan tempat itu. Dan masa itu Penghulunya Enchik Ahmad bin Datuk Panglima Garang  ( sekarang Chief Penghulu Kuala Lumpur )......

     Dalam tempoh berlalu , suatu masa .....suatu keramaian besar yang belum pernah diadakan di Selangor yaitu pertabalan Syultan Selangor pada tahun 1898 yang di adakan di Kelang , bandar ini mejadi sesak sana sini orang mengada kan persembahan  persembahan di mana2 merata tempat .
Yang saya tahu Raja Laut dengan Che Soh orang Terengganu itu menhantar seekor kerbau dan Panglima Kiri dari Kuala Kubu seekor rusa .

Yang orang Kerinci saya lah kepalanya menghantar seekor kerbau ,orang Kerinci yang datang itu semua haji dan memakai jubah , tetapi sampai di Kampung Kuantan Kelang orang 2 saya engan menghadap , yang kata mereka tiada tahu adat cara menghadap takut2 kalau salah adad .
      Oleh kerena itu saya minta orang Kelang Pandu kami untuk menghadap dan persembahan kami , selamat di persembahkan . Dan apa bila balik dari Kelang Raja Mahmud membari sepucuk surat kepada saya , ucapan terima kasih dari Syultan yang sampai sa'at ini masih saya simpan ( 1935 )....



bersambung; Syultan melantik orang besar .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan